Impian itu untuk aku. Bagaimana pula dengan…??? (i)


Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Muthiah. Alhamdulillah. Perancangan pertama berjalan dengan baik. Insya-ALLAH, akan memulakan fasa yang keseterusnya dalam masa yang terdekat ini. Apakah itu? Hehe…

Seorang teman telah menghubungi. Kring kring (Siap ada background ringing lagi. Hiii). Dia meluahkan rasa gembiranya kepada Muthiah.

Teman : Yahooo… Sedikit masa lagi, impian aku akan tercapai. Kau doakanlah.

Muthiah : Hehe… Wah. Tahniah. Impian apa yang sudah tercapai dan bakal tercapai?

Teman : Banyak dan segala susah payah aku tempuhi dengan tabah. (Chewah. Siap bermadah lagi).

1) Aku hendak jadi pensyarah, kini aku berjaya bergelar pensyarah. (Dahulu, teman ini adalah penolong pensyarah).

Muthiah : Alhamdulillah. Tahniah.

Teman : Terima kasih daun keladi.

2) Aku hendak buat Master dan aku berjaya menamatkan pengajian aku dalam Sarjana.

Muthiah : Alhamdulillah. Jadi, suami kau macam mana, ya semasa kau ambil Master dahulu?

Teman : Bisa diatur. Dia sungguh memahami dan banyak menyokong aku. Aku benar-benar terharu. Aku tahu dia sangat menyintai aku.


(Muthiah hanya tersenyum di corong telefon. Sememangnya, teman Muthiah ini merupakan seorang yang kuat semangat. Muthiah sangat mengaguminya. Teringat satu ketika dahulu. Muthiah melepaskan kerjaya dek kerana tidak bersedia memikirkan suami yang makan, pakai dan tidurnya yang entah macam mana. ‘Oh, hati. Lemah sungguh sosok peribadi yang bernama Siti Muthiah ini,’ Muthiah berbisik sendiri.)


Teman : Hehe… ada lagi. ALLAH betul-betul mempermudah urusan aku walau tetap ada kesukarannya. Sangat berbaloi. (Teman Muthiah terdiam sejenak).

-bersambung-

Komen yang membina ;)


Assalammualaikum. Terima kasih kepada mereka yang banyak menyokong Muthiah dengan mendapatkan novel pertama Muthiah yang bertajuk MENCARI NAURAH. Muthiah betul-betul terharu dan termotivasi dengan sokongan semua. Membuatkan Muthiah lebih bersemangat untuk menulis. Insya-ALLAH, untuk masa akan datang (jika dipanjangkan usia), Muthiah akan cuba lakukan yang lebih baik.

MENCARI NAURAH... Banyak komen yang membina. Alhamdulillah. Muthiah menerimanya dengan hati terbuka. Kalau terduduk sekali pun... hehe... insya-ALLAH, Muthiah akan cuba bangkit semula. Apa yang pasti. Muthiah akan terus belajar dan cuba menghasilkan yang paling baik.

Di sini, Muthiah sertakan beberapa komen daripada mereka yang telah membaca novel Muthiah. Terima kasih atas komen-komen yang cukup memotivasi ini ;)

Qma ~ Salam sayang, Kak Liza...Erm..Alhamdulillah...Qma dah habis baca dah "Mencari Naurah"...Best sangat!! Banyak ilmu yang Qma dapat dalam buku tu:) Yang lagi seronok, Happy Ending:)...Ada sambungan tak :)

(Buat masa ini, tidak ada perancangan besar (perancangan kecil ada agaknya) untuk buat sambungan novel ini. Namun, manalah tahu. Kita merancang, ALLAH merancang...)

Iza ~ Alhamdulilah, selesai baca buku adik weekend lepas.. very informative.. ending cerita memang best..cuma tidak tahu apa kesudahan Kak Rose?...

(Ehe... Kak Rose... insya-ALLAH, kisah Kak Rose ada di...)

Normen ~ Kak NH: Kak, saya dah habis baca novel akak. Banyak status fb saya ni saya cedok dari novel akak tapi saya ubah sikit-sikit agar tidak nampak sangat copy paste. Jazakillah, kak. Moga-moga tinta dakwah akak sterusnya dapat mengajak manusia mendekati ALLAH.

(Moga-moga, Muthiah dapat istiqomah dengan apa yang Muthiah ingin lakukan.)

Kak Rynie ~ Liza, Kak Rynie dah habis baca novel sulungmu.. banyak nasihat yang boleh diguna pakai..sarat dengan hadis dan kata nasihat.. very islamic.. :) masih ada ruang yang perlu diperbaiki (cewwahh..!) Anyway, permulaan yang baik.. teruskan usahamu, teruskan berkarya.. will always support you.. all da best dear..

(Insya-ALLAH,untuk novel akan datang, Muthiah akan buat yang lebih santai dan tidak terlalu islamik. Cuma, garis panduan yang Muthiah tetapkan masih lagi Muthiah jaga. Terima kasih atas respons. Hehe... Mungkin, ada sedikit sebanyak daripada buku ilmiah tarbiah yang Muthiah baca sebelum ini.)

Wan ~ K. Adik..tahniah for ur novel...best n touching... alhamdulillah, banyak input dalam tu...Watak 'asha' tue cam kenal je sape..hehe.

(Alhamdulillah. Moga, input itu akan dimanfaatkan sebaiknya. Hehe... Asha? Hanya watak semata-mata.)

Mudi ~ Salam. Saya dah habis baca novel Mencari Naurah.Best! Mesej sampai pada saya. Pengisian padat dengan pengajaran.

(Alhamdulillah, Mudi. Muthiah senang mendengarnya. Apa yang penting, ada hati yang terjentik dengannya.)

Terima kasih banyak-banyak semua. Insya-ALLAH... setiap komen (sama ada yang tercatat di sini atau tidak) akan Muthiah jadikan panduan untuk karya Muthiah akan datang). Doakan Muthiah. Moga-moga niat Muthiah dalam bidang ini akan sentiasa terjaga, insya-ALLAH :)

Muthiah : Belajar dan terus belajar...

ALLAH ~

Assalammualaikum. Sesuatu yang ingin Muthiah kongsikan... Muthiah dapat dari facebook. Subhanallah. Bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang MUSLIM. Alhamdulillah ;)

Labels: 0 comments | | edit post

Buntu!!! Adakah dia jodohku??? (iii)


-sambungan semalam-

Jadi…

Banyakkan berdoa kepada ALLAH agar pilihan kita itu adalah yang paling baik buat diri kita. Mohonlah sentiasa kepada DIA yang lebih tahu segalanya. Kita bukanlah siapa-siapa yang dapat menentukan hari esok. Namun, kita tidak boleh berdiam diri begitu sahaja. Perlu sentiasa berusaha agar hari esok adalah lebih baik daripada hari ini.

Selain berdoa, kita juga perlu banyak bersabar. Ujian pasti datang. Tidak kira sama ada sebelum nikah atau sesudahnya. Apa yang boleh Muthiah katakan, kehidupan sesudah bergelar isteri (oleh sebab Muthiah adalah seorang isteri) adalah lebih mencabar berbanding sewaktu masih solo. Tanggungjawab seorang isteri sangat besar (bagi mereka yang ingin menjadi isteri yang terbaik). Untuk menyenangkan hati suami sentiasa bukanlah satu perkara yang mudah. Kadang-kadang, terpaksa mengorbankan diri. Korban? Hehe… Usah risau… andai kita memilih untuk memberi keutamaan itu, insya-ALLAH… DIA akan memberi sesuatu yang lebih baik buat diri kita. Apa yang penting… SABAR..

Selain sabar, apakah yang perlu kita lakukan? Hmmm… persiapkanlah diri ke arah itu. Bukan setakat hendak berfikir tentang majlis gilang-gemilang yang hendak dilangsungkan tetapi …

~ Fikirkanlah tentang apa yang perlu kita lakukan setelah bergelar suami/ isteri kelak.

~ Fikirkan bagaimana hendak menjalani kehidupan berkeluarga yang berlandaskan syariat ISLAM.

~ Fikirkan bagaimana hendak menjadikan rumah tangga itu sebagai rumah tangga yang diredhai ALLAH.


Fikirkan oh fikirkan, wahai teman-temanku…

Muthiah : Suka duka… pahit getir…

Buntu!!! Adakah dia jodohku??? (ii)


-sambungan semalam-

Sebenarnya, kita tidak tahu… adakah dia sebenarnya yang paling baik untuk kita. Dalam waktu percintaan, kita mungkin akan nampak yang cantik-cantik sahaja. Kita merasakan dia cukup mengerti hati dan perasaan kita. Dengan kata lain, boleh masuk. ‘Win win situation.’ Semuanya okey. Tahap kesabaran kita berada pada kedudukan yang paling tinggi. Kerana apa? Kerana CINTA…

Namun, akal fikiran kita terbatas sebenarnya. Kita tidak tahu apa yang terbaik untuk untuk diri kita pada hari ini dan akan datang. Semuanya di bawah perencanaan dan kekuasaan ALLAH.

Kita merasakan dialah yang terbaik tetapi adakah benar si dia yang dicinta itu adalah yang terbaik pada sisi TUHAN?

Kita merasakan dialah yang paling mengerti tetapi adakah benar begitu? Sejauh mana kita mengenali dia? Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, orang yang sudah hidup bersama berpuluh-puluh tahun lamanya pun masih belum dapat mengenali pasangannya secara menyeluruh. Inikan pula baru kenal setahun dua.

Perkahwinan… Pastikan cinta sesudah nikah itu bertambah mekar dan berbunga. Jangan sampai terjadi… ‘Cinta sebelum nikah bagai hendak rak… sudah memiliki… lain pula jadinya.’ Kalau sebelum nikah wangi sahaja baunya… Sudah kahwin… macam-macam bau ada. Yang paling tidak menyenangkan, bau yang wangi pula dikatakan menjelikkan. Ini tidak kena. Itu tidak kena. Itu tidak cantik. Ini tidak cantik. Susah untuk bertolak-ansur, bertimbang-rasa dan sayang menyayangi.

Jadi, bagaimana?

-bersambung-

~Buntu!!! Adakah dia jodohku??? (iii) ~

Muthiah : Cinta dia kerana ALLAH, insya-ALLAH.

Buntu!!! Adakah dia jodohku??? (i)


Assalammualaikum.

Soalan cepu emas.. Hehe…

‘Adakah anda sedang dilamun cinta???’ ~ Hehe… Malulah hendak jawab :P

‘Apakah perasaan anda saat dan waktu ini???’ ~ Berbunga-bunga bagai dunia ini milik aku dan dia. Bahagia, TUHAN sahaja yang tahu. Kegembiraan yang tidak terungkap dengan kata-kata. Aisey… Huhu..

‘Adakah anda kira dia adalah lelaki/ wanita terbaik untuk anda???’ Macam ya. Hikhik… Sedang dilamun cinta, bau busuk pun terasa wangi. Cantik dan comel-comel belaka. Dialah yang paling baik untukku. Oh…

‘Ada perancangan untuk berumah tangga?’ Hmmm… macam ya. Lagipun, dia sudah berada di hadapan mata. Kalau memilih sangat pun, susah juga. Mungkin dia adalah jodohku… Namun, adakah dia adalah yang paling baik untuk diri kita??? Entahlah.

‘Sudah solat istikharah?’
Sudah… sudah… petunjuknya adalah dia. Ya! Dialah jodoh yang telah ditetapkan ALLAH buatku. Boleh pakaikah mimpi itu? Iyalah… kadang-kadang, sebelum tidur sudah terbayangkan si dia. Dalam hati dan minda hanya ada dia. Jadi, mimpi itu?

Dan…

‘Adakah perhubungan yang terjalin ini mendekatkan diri kepada ALLAH?’
Atau asyik terbayang-bayangkan si dia sepanjang masa. Sampai tanggungjawab sebagai pelajar/ pekerja/ anak/ anggota masyarakat terabai?

-bersambung-


~Buntu!!! Adakah dia jodohku??? (ii)~

Muthiah : Aku cinta padamu…

Kawan tiada... ALLAH ada! (ii)


Ya… kita semua, tidak akan dapat lari daripada berhadapan dengan masalah. Itu lumrah. Bilamana dia bernama manusia, dia pasti akan diuji dan ujian ini pula macam-macam (macam-macam ada ;)). Apabila berhadapan dengan masalah/ musibah, secara lumrahnya… kita pasti memerlukan sesuatu yang bisa menyelesaikan masalah kita. Paling tidak pun, kita memerlukan sesuatu/ seseorang yang boleh menenangkan hati kita. Ada bersama kita mendengar rintihan hati kita. Lantas, kita mencari orang yang dekat dengan kita…

Seorang teman ~ mencari teman akrabnya.
Seorang isteri/ suami ~ mencari pasangannya.

Normal! Tidak salah.

Akan tetapi, selaku manusia yang kadang-kadang tertidur..hehe..macam kes Muthiah. Acap kali terlepas pandang. Kita mengharapkan teman kita untuk membantu kita… berada di sisi kita saat kita membutuhkannya. Namun, banyak pula aral yang datang. Boleh jadi saat itu dia pun sedang berada dalam ketidakstabilan emosi. Jadi, tidak bersedia menjadi pendengar setia. Boleh jadi juga dia sedang… sibuk bangat dan tidak dapat membantu kita. Hal ini berlaku kerana kita dan mereka adalah sama-sama manusia ;)

Sebaliknya…

Tanpa sedar… ada yang lebih dekat dan memahami kita daripada sahabat karib kita itu. Siapa??? ALLAH. Ya! ALLAH-lah jawabnya sedang kita selalu sahaja terlupa.

~ ALLAH tidak tidur.
~ ALLAH Maha Segalanya.

Sahabat…boleh menjadi pendengar setia. Boleh menenangkan hati kita dengan nasihat dan keprihatinannya tetapi ALLAH?? ~ ALLAH lebih daripada itu. ALLAH Maha Mendengar… Maha Melihat dan Maha Tahu apa-apa yang terbaik buat diri kita. Kita tidak akan berasa sendiri andai kita meletakkan ALLAH sentiasa dekat dalam hati kita. DIA ada… DIA sama sekali tidak meninggalkan kita.

Namun, ALLAH tidak boleh dilihat? ~ Ya. Mata kasar sememangnya tidak dapat melihat ALLAH. Akan tetapi, DIA tetap ADA. Itu pasti.

Hmmm... kipas di dalam bilik kita berpusing. Macam mana? Sebab kita sudah on-kan suiznya. Jadi, aliran elektrik sampai. Satu persoalan yang boleh kita fikir-fikirkan. Adakah kita nampak aliran elektrik tersebut? Tidak. Adakah aliran elektrik itu wujud? Pasti wujud. Kalau tidak, masakan kipas boleh berpusing?

Berbalik kepada ALLAH yang kita katakan kita tidak nampak… kita berasa jauh daripada-NYA. Memang… kita tidak nampak ALLAH dengan mata kasar kita tetapi yakinlah bahawa ALLAH itu ada. ALLAH wujud. Itu pasti. Kewujudan udara… dan diri kita sendiri sudah cukup membuktikan kewujudan dan kekuasaan ALLAH.

Jadi??? Adakah kita masih mahu berasa sendiri lagi? Renung-renungkan…

Kita tidak sendiri..ALLAH ada… ALLAH dekat. Lebih dekat daripada urat merih kita ;)

Muthiah : ALLAH ada mendengar dan melihat..

Kawan tiada... ALLAH ada! (i)


Assalammualaikum. Apa khabar iman kita hari ini? Muthiah… Hmmm… berasa serba salah sedikit pada seorang teman. Kenapa, ya? ;)

Satu pagi, seorang teman mengadu sesuatu kepada Muthiah. Ya… Muthiah cuba untuk menjadi seorang pendengar setia. Muthiah tidak mahu dia berasa sendiri dan berseorangan. Malamnya, dia menghantar sistem pesanan ringkas kepada Muthiah. Meluahkan lagi rasa hatinya. Entahlah… hendak dijadikan cerita, Muthiah tidak sedar langsung dengan sms tersebut sampailah keesokan harinya.

Paginya, Muthiah mengirimkannya sms… bertanya khabar. Diam… Kemudian, Muthiah mencarinya di YM dan laman sosial. Pun diam. Muthiah fikir… mungkin dia mahu menyendiri. Petangnya, Muthiah menghantar sms lagi… bertanya khabar. Tetap diam. Malamnya, barulah Muthiah menerima balasan daripadanya. Katanya, ‘Aku sms Muthiah semalam. Kenapa tidak jawab? Aku tungguuuu…’

Huhu… sadis. Muthiah tahu… dia mungkin memerlukan seorang teman saat itu dan teman yang menjadi pilihannya adalah Muthiah. Muthiah pula… tertidur… menyebabkan dia berasa tertekan (mungkin). Berasa dia tidak punya siapa-siapa. Muthiah segera mengirim pesanan ringkas kepadanya. Mohon maaf atas kekhilafan Muthiah. Dan… dia mendiam.

Hmmmm… sebenarnya, apa yang ingin Muthiah bicarakan hari ini bukanlah berkisar tentang kisah ‘duka’ dalam persahabatan seperti yang Muthiah coretkan di atas. Namun, Muthiah ingin sahabat-sahabat menyelami kembali di sebalik ketentuan yang telah ditetapkan oleh ALLAH yang telah merencanakan segalanya.

1- Dia sedang berhadapan dengan satu musibah. Menyebabkan dia bersedih hati. Dia memerlukan seorang teman. Namun sayang, teman yang diharapkan tidak muncul tatkala dia sangat-sangat membutuhkannya. Akibatnya, kesedihannya bertambah. Dalam keadaan ini, Muthiah tidak salahkannya andai dia berasa marah atau kecewa terhadap Muthiah. Dia sedang berserabut dan emosinya mungkin mendahului akalnya. Waktu ini, syaitan sangat dekat mencucuk-cucuk. Memang itu kerja mereka!

2- Dari satu sisi, sebagai sahabat… Muthiah menyayangi teman Muthiah. Muthiah hendak berada di sampingnya (walau dalam jarak jauh) untuk menenangkan dirinya yang sedang gundah. Nama lagi SAHABAT! Hanya doa yang boleh Muthiah lontarkan. Namun, di sebalik apa yang Muthiah inginkan, ALLAH menetapkan Muthiah tidak ada saat dia memerlukan (seperti kisah di atas). Salah Muthiah??? Atau salah TUHAN yang merencanakan? TIDAK!!! Tidak sama sekali. Manusia acap kali menyalahkan TUHAN-nya sedang tanpa sedar ALLAH telah menunjukkan jalan yang paling baik buat diri dan hidupnya.

Jadi, apakah yang sahabat-sahabat boleh renungkan???

-bersambung-

Awas! Jagalah niatmu... (iii)


-sambungan semalam-

Firman ALLAH dalam surah As-Saf ayat 2 dan 3 yang bermaksud, ‘Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.’

Jadi???

Ayuh… bagi para pendakwah (peringatan untuk diri Muthiah juga). Ayuh kita:

a) Berusaha untuk mengislah diri menjadi lebih baik. Setiap apa yang kita perkatakan, diperhatikan sebenarnya. Adakah kata-kata dan perlakuan/ tingkah laku kita itu secocok atau sebaliknya. Jika tidak, khuatir … sasaran dakwah kita tidak lagi percaya sekaligus menjauh dan terus jauh.

b) Tidak salah untuk pernah membuat salah tetapi menjadi salah kalau kita berterusan melakukan kesalahan itu dan tidak pula berusaha untuk menghindarinya. Kita tahu mencuri itu salah tetapi kita tidak amanah dalam kerja kita. Kita mencuri ‘masa’ yang telah diperuntukkan untuk kita.

c) Banyakkan berdoa kepada ALLAH agar menjaga diri dan hati kita. Betulkan niat, ikhlaskan hati sentiasa. Sesungguhnya, DIA lebih tahu segala apa yang tersurat dan tersirat. Kita adalah lemah. Bukan sahaja lemah bahkan tersangatlah lemah. Justeru, kembalilah mengharapkan petunjuk dan jalan daripada-NYA. Andai kita tersasar, kembalilah. Jangan sampai kita melangkah terlalu jauh. Kalau tidak sedar??? Hmmm… teman-teman yang melihat… tegurlah dengan hikmah. Bukti kita menyayangi teman kita bukanlah dilihat dari sisi sokongan kita atas SEGALA sesuatu yang dilakukan si teman tetapi… kita boleh/ mampu/ berani menegurnya apabila dia berbuat silap. TIDAK ADA SEORANG PUN MANUSIA YANG SEMPURNA.

Maaf atas keterlanjuran kita. Jom kita saling mengingatkan. Sebab… boleh jadi mereka yang berbuat salah itu tidak tahu sebenarnya.

Salam sayang, daripada Muthiah.

Muthiah : Suami adalah pengkritik utama…
Labels: 0 comments | | edit post

Awas! Jagalah niatmu ... (ii)


-sambungan semalam-

2) Berbicara tentang ISLAM tetapi yang ditonjolkan adalah sebaliknya.

Dalam hal ini, teman Muthiah menyatakan ketidakselesaannya melihat si penyampai agama ini yang tidak segan silu ber ‘abang’ ber ‘sayang’ dengan kekasih hati. Bukan itu sahaja, pada paparan gambar yang diletakkan juga secara tidak langsung sebenarnya mengundang fitnah. Dia berkata tentang hebatnya kuasa ALLAH tetapi dalam masa yang sama dia berasa senang dengan pujian dan perhatian. Dan… yang memuji dan memuja itu bukanlah satu kaum yang sama dengannya tetapi mereka yang lain jantina. Huhu… Jadi, bagaimana?

Ada benarnya kata sahabat Muthiah ini dan pasti! Orang akan lebih mudah melihat kesilapan atau kesalahan mereka yang membawa kalimah ALLAH berbanding mereka yang ‘biasa-biasa’ sahaja. Walhal, apa yang dilakukan itu adalah perkara yang sama. Sebagai contoh ;

a) A – seorang gadis yang bersosial dan lain-lain ~ Dia berkata sayang kepada kekasihnya.
b) B – seorang gadis yang menutup aurat. Ditambah dengan dirinya yang sering berbicara tentang Islam ~ Seperti gadis A, gadis B juga berkata sayang kepada kekasih hatinya.

Kesalahan yang sama tetapi yang lebih menarik perhatian adalah mereka yang dilihat punya didikan agama. Kenapakah berlaku sebegini? Kerana… ilmu (agama) itulah yang membezakan antara dengan si A dengan si B. Si A boleh jadi tidak sedar akan kesalahan yang dilakukannya. Namun, adakah si B sebenarnya tahu? Boleh jadi, dia pun tidak tahu dan tidak sedar. Tidak ada siapa yang mahu mengingatkan. Apa yang dia tahu, dia mahu menyampaikan apa-apa yang telah diketahuinya (sedang masih terlalu banyak yang dia tidak tahu). Huhu… berbelit sungguh ayat ini. Sabar, ya ;)

PS -Foto : Sekadar gambar hiasan.

-bersambung-

Muthiah : Moga-moga kita kan saling mengingati kerana Muthiah juga manusia biasa yang banyak khilafnya.
Labels: 0 comments | | edit post

Awas! Jagalah niatmu... (i)


Assalammualaikum. Mulakan harimu dengan :

1) Senyuman ~ Senyum itu sedekah. Bisa menceriakan hati yang sedang gundah. Adakah mungkin?

2) Memaafi orang lain ~ Berlapang dada itu sukar tetapi apabila kita mampu melakukannya, insya-ALLAH, kita akan lebih tenteram. Tidak ada berasa sakit hati atau membenci.

3) Mengingati ALLAH ~ Ini pasti! Tanpa ALLAH, siapalah diri kita. Kita hanyalah insan lemah yang terlalu banyak khilafnya.

4) Positif ~ Hehe… positif dalam meneruskan kehidupan untuk mencapai jaya, insya-ALLAH.

Hmmm… baru-baru ini, seorang teman, menghantar mesej di Inbox facebook Muthiah. Dia meminta Muthiah menulis sesuatu. Tentang apa? Hmmm... satu teguran buat adik-adik, yang pada kaca matanya berbicara soal Islam tetapi tingkah laku yang ditonjolkan tidak mempamerkan apa yang diperkatakan. Selain itu, sahabat Muthiah ini juga mahu Muthiah menyentuh soal keikhlasan. Huhu...berat sungguh permintaan. Muthiah juga masih dan sedang belajar sebenarnya.

Dari satu sisi, Muthiah faham apa yang cuba disampaikannya. Namun, Muthiah tidak tahu… sejauh mana. Dengan kata lain, sejauh manakah adik-adik ini terpesong daripada landasannya? Adakah terlalu jauh? Lantas, Muthiah pun menambah beberapa rakan baru dari senarai kawan di facebook.

1) Soal ikhlas

Ikhlas ini adalah satu perkara yang subjektif. Sebagai manusia, kita tidak dapat membuat penilaian atau tanggapan; sama ada mereka itu ikhlas ataupun sebaliknya. Kadang-kadang, kita melihat seseorang itu seperti mahu menonjolkan diri (show off) namun mungkin dari dalam hatinya, dia bukanlah berhajat begitu. Boleh jadi sikap semulajadinya. ALLAH adalah sebaik-baik penghitung dan peneliti. Dalam hal ini, apa yang perlu kita lakukan ialah :

a) Bersangka baik. Moga-moga, apa yang dilakukan mereka itu dibuat kerana ALLAH.

b) Andai pasti niat itu sudah tersasar; Istighfarlah. Mohon agar ALLAH jauhkan perkara itu dalam diri kita. Sekiranya kita mampu untuk menyedarkan, tegurlah dengan hikmah. Boleh jadi mereka terlupa. Mereka terlalu seronok dalam menyampaikan. Tidak salah berasa seronok dalam mengajak kepada kebaikan namun mungkin (huhu…segalanya mungkin dan mungkin ini juga adalah satu tanggapan), dalam keseronokan itu membuatkan mereka alpa. Terlalai dalam memelihara niat yang sebenar. Niat itu mungkin sedikit tersasar! Sambutan yang diterima sungguh menggalakkan sehingga dia merasakan dirinya hebat sedang hakikatnya, semua yang ada adalah daripada dan milik ALLAH. Inilah pentingnya sahabat untuk saling MENGINGATKAN.

c) Banyakkan berdoa kepada ALLAH untuk mereka dan diri kita juga. Sesungguhnya, tidak ada seorang pun manusia di atas muka bumi ini yang sempurna. Kadang-kadang, terlupa. Atau… lupa diri. Mereka mungkin berasa hebat apabila diangkat oleh masyarakat yang kagum terhadap diri mereka. Tanpa sedar, sifat riak dan ujub hadir tanpa dia sedari.

-bersambung-
Labels: 0 comments | | edit post

Cabaran hidup...


Assalammualaikum. Apa khabar? Isu apa, ya? Hehe… Buntu buntu… tepu tepu… Jadi, bagaimana? Mintalah daripada ALLAH ;)

Kuang kuang kuang… Syok sendiri. Tidak tahu hendak tulis apa. Hmmm…

Semalam, Muthiah bertanya suami, “Sejak kita kahwin, apakah cabaran rumah tangga yang paling besar Abe rasa kita pernah lalui?”

Suami berfikir sejenak. Dia kemudian menjawab, “Makan banyak…”

Huhuhu… Apa pun jawabnya… kita pasti akan berhadapan dengan cabaran hidup. Tidak kira sama ada cabaran tersebut ‘biasa-biasa’ sahaja (bagi kita) atau … sememangnya cukup mencabar. Sampai menguji tahap keimanan dan kesabaran kita. Adakah kita berjaya mendepaninya atau sebaliknya? Tepuk dada, tanya iman.

Jadi, bagaimana? ~ Persiapkan diri kepadanya… Cabaran PASTI ada!
Pokoknya, bagaimana? ~ Hehe…

1- Sabar. Sabar adalah kunci keresahan dan kegundahan hati. Memang… cabaran yang perit itu sungguh menyakitkan. Namun, andai kita cuba sabar dan terus sabar… apabila sampai waktu yang telah ditetapkan ALLAH, kita akan kembali tenang, insya-ALLAH.

2- Untuk sabar, perlukan kekuatan. Jadi, kuatlah. Kuat yang bagaimana? Kuat dalam menghadapi dugaan. Hakikatnya, kita bukanlah siapa-siapa. Kita tidak kuat dan terlalu lemah sebenarnya. Justeru, mintalah kekuatan daripada ALLAH agar dikurniakan rasa sabar dalam diri.

Serius. Secara peribadi, Muthiah juga pernah berhadapan dengan sesuatu yang Muthiah kira sungguh berat untuk ditanggung. Sudahlah berat, tidak mampu diluahkan kepada siapa-siapa. Apabila masalah dibiarkan terpendam, otak akan menjadi runsing…membawa kepada stres. Akhirnya… melayan emosi.

Apa penyelesaian Muthiah? Hmmm… Apabila tersedar, Muthiah akan kembali kepada ALLAH. Muthiah berkongsi di sini agar sahabat-sahabat semua pun boleh berbuat begitu kalau berhadapan dengan situasi yang tidak diingini. Apabila kita buntu… tidak tahu… carilah DIA yang Maha Tahu. Mungkin, kita tidak akan mendapat jawapan yang dikehendaki itu terus tetapi percayalah… ALLAH akan memberi kita ketenangan hati… sedikit demi sedikit.


3- Tidak berputus asa dan terus mengharapkan pertolongan daripada-NYA. Dalam masa yang sama, perlulah berusaha memperbaik keadaan. Kalau doa sahaja pun tidak kena. Sebagai contoh. Selalu berlaku perbalahan dengan rakan sebilik kita. Puncanya, kawan sebilik tidak suka dengan sikap kita yang gemar menyepahkan buku merata-rata. Solusinya, bukan setakat berdoa pada TUHAN agar kawan tidak ‘hangin’ lagi tetapi dalam masa yang sama, cari inisiatif, tidak lagi sepahkan buku dalam bilik.

4- Banyakkan berdoa kepada ALLAH… Dalam apa jua keadaan… DOALAH keuatan kita..

Okey…cabaran pasti datang.. Jom sama-sama kita saling membantu..mendoakan agar kita semua dapat mendepani cabaran itu sebaiknya… (Jangan lupa berusaha)... Andai kita tersungkur, jangan sampai terlalu lama… Cuba bangkit dan berjalan kembali..

Muthiah : Cabaran paling besar… HTT~

Bagaimana hendak menghantar karya? (ii)


-sambungan semalam-

2- Menghantar manuskrip ke syarikat penerbitan.

Hmmm… Muthiah pun tidak tahu cara yang sebenarnya untuk menghantar manuskrip tetapi apa yang Muthiah buat…

a) Cetak manuskrip penuh novel yang kita buat. Binding elok-elok.

b) Sertakan sekali :

i) Biodata penulis.
ii) Sinopsis novel.
iii) Surat pengesahan bahawa karya tersebut adalah karya kita sendiri. (Muthiah tidak pasti sejauh mana keperluannya).

c) Poslah dokumen di atas ke alamat penerbit yang menjadi pilihan kita. Untuk mendapatkan alamat penerbit, boleh tengok web syarikat penerbitan. Kalau tidak pasti, boleh emel kepada mereka. Kalau tidak mendapat jawapan, boleh hubungi mereka dan tanya terus apa yang harus dilakukan. Maklumlah, editor-editor ini sibuk mengejar dateline (Muthiah kira). Boleh jadi terlepas pandang.

d) Siap hantar, tunggulah beberapa ketika. Dalam seminggu, boleh hubungi pihak penerbit untuk bertanyakan ‘status penerimaan’.

e) Andai sudah diterima, tunggu dalam tempoh sebulan (ini yang biasa Muthiah baca dalam web-web syarikat penerbitan). Boleh hubungi balik dan tanyalah status sama ada karya kita diterima terbit atau sebaliknya.

Apa yang penting… sabar dan terus berusaha.

** Kalau ingin menghantar karya ke Alaf21, sila-silakan ke Unit Buku Alaf ;)

Muthiah : Selamat berkarya ;)

Bagaimana hendak menghantar karya? (i)


Assalammualaikum ;) Bagaimana dengan kehidupan hari ini? Ada baik???

Hehe… Alhamdulillah… Sejak MENCARI NAURAH diterima terbit dan berada di pasaran, ada yang bertanya… ‘Bagaimana hendak menghantar karya?’ Kata mereka, mereka telah menghantar karya ke syarikat penerbitan namun tidak mendapat jawapan.

Hmmm… pertama-tamanya, Muthiah ingin nyatakan bahawa Muthiah bukanlah orang yang selayaknya untuk menjawab soalan berkenaan kerana Muthiah pun sebenarnya masih terlalu baru. Namun, Muthiah akan tetap berkongsi dengan rakan-rakan semua. Apa yang Muthiah lakukan.

1- Menghantar karya di majalah.

a) Lihat alamat emel editor pada majalah yang berkenaan. Ada juga majalah yang mengkehendaki penulis yang berminat untuk menghantar karya mereka mengepos karya terbabit ke alamat yang dinyatakan.

b) Hehe… Emelkan karya kita. Sebelum itu, pastikan karya yang dihantar tidak terlalu banyak kesalahan yang tidak sepatutnya. Hmmm… Muthiah pernah berpengalaman menjadi editor. Ada juga pengkarya menghantar karya yang ditulis sambil lewa. Kesalahan ejaan terlalu banyak. Terlepas pandang adalah perkara biasa namun… kalau melampau-lampau banyaknya, editor pun akan pening kepala.

c) Kalau Muthiah, Muthiah akan sertakan dengan surat pengesahan bahawa karya berkenaan adalah hasil karya Muthiah sendiri. Namun, Muthiah tidak pasti sejauh mana keperluannya.

d) Dan … tunggulah…. Kalau diterima terbit, Alhamdulillah. Kalau tidak… cuba lagi. Muthiah pun, selalu mencuba berkali-kali.

-bersambung-

Muthiah : Alhamdulillah…

Hendak menulis??? (iv)


-sambungan semalam-


3- Banyakkan membaca. Sebab… secara langsung dan tidak langsung, kita akan belajar daripada pembacaan (dan pengalaman). Muthiah? Muthiah sebenarnya kurang berminat membaca novel. Muthiah lebih suka ‘melayan’ komik Detektif Conan dan buku-buku yang berkait dengan hati (pembersihan/ muhasabah dan lain-lain). Huhu. Akan tetapi, disebabkan Muthiah hendak menulis novel, Muthiah ‘paksa’ diri membaca novel. Bermula dengan ‘memaksa’ diri membeli novel. Iyalah… sudah beli, mestilah kena baca. Kalau tidak… rugi.. Alhamdulillah. Ada juga novel yang Muthiah minati. Siapa lagi kalau bukan Ramlee Awang Murshid?

Hmmm… selingan hadis sekejap ~ Sabda Nabi SAW, ‘Jika kamu mahukan dunia, dengan ilmu. Jika kamu mahukan akhirat, dengan ilmu. Jika kamu mahukan dunia dan akhirat, dengan ilmu…’

4- Satu lagi… kena berdisiplin. Bukan sahaja dalam bidang penulisan (bagi yang mahu menulis) tetapi dalam apa jua perkara yang kita lakukan. Kita mesti berdisiplin. Ikut jadual yang ditetapkan. Sebab, tanpa semangat dan disiplin yang tinggi… boleh jadi apa-apa yang kita lakukan tidak akan sampai ke mana. Kerja kita hanya separuh jalan. Kita cepat bosan. Ditambah dengan sikap sambil lewa kita. Hasilnya, cita-cita akan tinggal cita-cita. Kita akan terus berada di situ tanpa berganjak.

5- Usaha dengan bersungguh-sungguh. Ya! Sepertimana yang telah Muthiah perkatakan sebelumnya. Terus berusaha sampai berjaya. Walaupun perlu menanti berbulan lamanya. Kita tidak dikatakan gagal andai kita tidak berjaya mencapai matlamat pada peringkat awal percubaan. Yang menjadikan kita seorang yang gagal ialah bilamana kita berhenti separuh jalan dengan apa yang telah kita lakukan. Dengan kata lain, kita sudah berputus asa.

Kita terjatuh dan kita tidak mahu bangun. Tidak salah andai kita tersungkur. Biasalah… kadang-kadang, ‘terbolah’.. Tidak salah juga andai kita ‘berehat’ seketika sewaktu tersungkur itu. Namun, jangan biarkan kita terduduk terlalu lama. Bangunlah.. dan cari kekuatan kembali untuk meneruskan cita-cita. Bagaimana hendak cari kekuatan? Carilah ALLAH kerana hanya DIA sumber kekuatan. Semat tekad dalam diri… ‘AKU MAHU BERJAYA…’

6- Hmmm… apa lagi, ya? Yang paling penting… BANYAKKAN BERDOA KEPADA ALLAH. Kerana hakikatnya, kita bukanlah siapa-siapa. Kita hendak menghasilkan karya yang boleh mendidik. Karya yang bisa membawa manusia kepada ALLAH. Mungkin sahaja, karya kita tidak cukup baik berbanding dengan karya-karya yang sedia ada… namun percayalah… apa yang lebih penting ialah kesungguhan kita untuk menyampaikan kebaikan. Dan… kesungguhan kita untuk melakukan (penulisan) yang terbaik. Masa, pengalaman dan usaha akan membantu kita menjadi dan menghasilkan yang paling baik.

Setelah itu… serahlah segalanya kepada ALLAH. Kerana hanya DIA yang menjentik dan memegang hati-hati manusia.

Huh… panjang bangat. Rasanya..cukuplah untuk setakat ini. Kalau ada apa-apa lagi, insya-ALLAH Muthiah kongsikan di sini.

Muthiah : Yaasin… ALLAH sebagai sumber kekuatan…

Hendak menulis??? (iii)


-sambungan semalam-

2- Sudah ada matlamat, mulakanlah menulis. Kalau minat menulis artikel ilmiah, tulislah artikel ilmiah. Begitu juga dengan cerpen, puisi, novel dan macam-macam lagi. Tulis dan terus menulis. Mula-mula, kita mungkin tidak nampak kelemahan penulisan kita namun… lama kelamaan, insya-ALLAH… kita akan dapat menilai sendiri di manakah silapnya. Ditambah dengan kritikan dank omen orang… akan membuatkan kita lebih cepat belajar.

Cakap tentang komen, kritikan dan terjahan… memang, kadang-kadang ia adalah amat menyakitkan untuk diterima. Terutama apabila berhadapan dengan kritikan yang tidak membina tetapi membunuh secara perlahan-lahan. Membuatkan semangat kita jatuh menjunam. Namun, usah biarkan kata-kata itu menjadikan kita seorang yang lemah dan berputus asa. Bangkit kembali dan teruskan perjuangan (dalam apa jua lapangan).

Hendak test market, boleh cuba hantar artikel yang kita tulis ke majalah-majalah. Bagaimana? Cuba lihat kepada alamat emel editor pada sebarang majalah yang kita baca. Kemudian, hantarkanlah ke sana. Kalau tidak pernah diterima terbit? Usah sekali-kali berputus asa. Cuba lagi. Cuba pula menulis untuk blog atau forum maya. Sebab… makin banyak kita menulis, makin banyak kita belajar. Semakin kita rasa sukar, semakin itu kita akan menjadi lebih kuat.

Secara peribadi, Muthiah sendiri belajar daripada kesilapan dan kesukaran. Bukan mudah bagi sesuatu karya untuk menembusi pasaran media. Lebih-lebih lagi bagi orang baru seperti Muthiah yang tidak punya nama. Payah! Letih pun ada. Namun, apa yang Muthiah pegang… Apabila tidak berjaya sekali. Muthiah akan cuba lagi. Berkali-kali. Sampai berjaya.

Seperti novel MENCARI NAURAH, Muthiah sendiri tidak yakin sebenarnya. Adakah akan diterima penerbit sementelah ini adalah novel dan cubaan pertama Muthiah. Satu rahsia yang boleh Muthiah kongsikan di sebalik MENCARI NAURAH… proses editing bukanlah dilakukan sekali dua tetapi berkali-kali. Semak ejaan. Semak ayat dan banyak lagi. Sampai tepu jadinya. (Akan tetapi, kalau ada yang terlepas pandang , biasalah manusia biasa). Mujur suami ada memberi galakan. ‘Sekali gagal… kita boleh cuba berpuluh-puluh kali lagi.’ Lantas, Muthiah kuatkan tekad dalam hati untuk terus berusaha.

Hmmm… Kalau kita tidak bermula, kita tidak akan nampak di manakah kelemahan kita. Jadi, mulakan dahulu. Kemudian, perbaiki dan lakukan yang lebih baik selepas ini. Semacam MENCARI NAURAH. MENCARI NAURAH merupakan titik permulaan bagi Muthiah sebelum Muthiah melangkah lebih jauh lagi.

-bersambung-

~Hendak menulis??? (iv)~

Muthiah : Mendoakan sentiasa mereka yang menyokong dan menyayangi ;)

Hendak menulis??? (ii)


Bagaimana?

1- Sebelum menulis, tanyakan pada diri dahulu… ‘Apakah NIAT/ MATLAMAT kita dalam apa yang hendak kita lakukan ini yakni dalam bidang penulisan?’

Hendak menjadi penulis popular yang banyak peminat?
Ingin mengumpul duit yang banyak?
Ingin mengisi masa lapang atau…
Hendak menyampaikan kebaikan kepada orang lain melalui penulisan?

Dari situ, kita akan nampak hala tuju penulisan kita. Insya-ALLAH, apa-apa yang kita hendak lakukan akan lebih terarah. Sedikit sebanyak, bisa membantu kita dalam membuat perancangan. Hehe.. Pernah dengar ungakapan, ‘Gagal untuk merancang ; Merancang untuk gagal?’ Hmmm.. tidak ada kaitan dengan catatan ini. Sekadar sampingan.

ISLAM mengajar umatnya membuat kerja dengan bersungguh-sungguh. Justeru, dalam apa jua perkara yang kita lakukan (sewajarnya yang bermanfaat), lakukan dengan sebaik mungkin dan tidak sambil lewa. Buat yang terbaik semampu boleh. Insya-ALLAH… satu ketika, kita akan dapat menggapai jaya.

Dan… perkara yang paling penting dan utama dalam menetapkan niat ~ niatkanlah semuanya kerana ALLAH. Susah untuk tulus tetapi katakan sentiasa ‘Aku lakukannya kerana ALLAH’ meski hakikatnya tidak. Perasaan yang hadir bercampur-aduk. Namun, tetap katakan dalam diri begitu. Banyakkan istighfar dan berkata-kata dalam hati… ‘Ya, ALLAH. Jadikanlah apa-apa yang aku lakukan ini sesuatu yang memanfaatkan diriku dan orang di sekelilingku..’

-bersambung-


~Hendak menulis??? (iii)~

Muthiah : Ada orang suka dan ada orang membenci…

Hendak menulis??? (i)


Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Muthiah… ‘Ala kullihal Alhamdulillah. Hati tidak cukup sihat tetap masih okey untuk meneruskan kehidupan ini. Bak kata suami memberi motivasi, ‘Ada aku kisah?’ Hahaha…

Sejak novel MENCARI NAURAH berada di pasaran, Alhamdulillah… Muthiah mendapat banyak kawan baru. Ada yang mahu bercerita kisah suka duka dan ada juga yang ingin bertanya tentang sesuatu. Hari ini, Muthiah ingin berkongsi dengan kawan-kawan semua tentang ~ Bagaimana ingin menulis???

Huhuhu… sebenarnya, Muthiah bukanlah insan yang selayaknya untuk berkongsi cerita dan pengalaman dengan sahabat-sahabat semua. Maklumlah, Muthiah masih terlalu baru dalam dunia ini (penulisan). Orang tua panggil, tidak sampai ‘setahun jagung’. Karya di media cetak tidaklah sebanyak mana. Novel pula baru satu.

Akan tetapi, oleh sebab banyak yang bertanya… Muthiah ingin berkongsi serba sedikit… secebis pengalaman Muthiah dalam penulisan – tidak kira sama ada penulisan blog, artikel ilmiah, cerpen dan novel. Iyalah. Muthiah dahulu pun terkapai-kapai. Tidak tahu bagaimana hendak memulakan. Apa yang harus dilakukan. Alhamdulillah. Berkat kesabaran, doa dan tawakal… ALLAH mempermudah jalan.

~ Sebelum itu, Muthiah ingin nyatakan… banyak orang banyak caranya. Apa yang Muthiah coretkan di sini adalah berkisar dari pengalaman dan cara Muthiah. Yang boleh dijadikan panduan, Muthiah alu-alukan. ~

-bersambung-

~Hendak menulis??? (ii)~

Muthiah : Sabar separuh daripada iman.

Ayuh, BERMULALAH...



'KITA MUNGKIN TIDAK SELALU MENANG (BERJAYA) TETAPI KITA TIDAK PERNAH MENGALAH (BERHENTI BERJUANG)!'

Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Muthiah...Huhu... fikir banyak. Jadi, terasa hendak makan banyak. Risau... bersenam malas. Makan rajin. Kesan dan hasilnya. Hiii ;)

Hmmm... banyak yang bertanya. Bagaimana hendak mula menulis? Secara peribadi, jauh dari dalam hati, Muthiah ragu-ragu untuk menjawab soalan tersebut. Kenapa? Kerana Muthiah berasakan diri Muthiah bukanlah orang yang selayaknya untuk bercerita. Namun, jauh dari dalam hati juga... kuat untuk berkongsi segala apa yang Muthiah ketahui walaupun tidaklah seberapa.

Ada seorang teman memberitahu, "Saya hendak menulis tetapi takut karya saya tidak diterima oleh syarikat penerbitan. Jadi, perancangan saya selalu sahaja tertangguh. Tidak pun, berhenti separuh jalan.." ;) Muthiah hanya tersenyum sendiri.

Sedikit perkongsian pengalaman Muthiah. Sewaktu manuskrip MENCARI NAURAH siap dihasilkan, Muthiah memberitahu suami perihal ketidakyakinan Muthiah terhadap hasil karya Muthiah sendiri. Siapalah Muthiah. Sudahlah baru belajar menjinak-jinakkan diri dalam bidang penulisan. Jawapan suami cukup mudah tetapi terdapat unsur motivasi di dalamnya, "Kalau 10 kali mereka tolak, berpuluh-puluh kali Muthiah perlu gandakan usaha. Apa yang penting, tidak sekali-kali berputus asa."

Ya. Apa yang penting, MULA dahulu. CUBA dahulu. Usaha dan terus berusaha. Cuba dan usaha lakukan yang paling baik. Kalau kita tidak BERMULA dan MENCUBA, kita tidak akan tahu ~ KELEMAHANNYA... KELEBIHANNYA... KEKUATANNYA. Kerana, setelah berMULAlah kita akan dapat mengenalpasti beberapa perkara (bahkan mungkin banyak benda). Setelah itu, barulah kita boleh memperbaiki menjadikannya lebih baik. Di samping itu, setelah bermula... barulah kita lebih tahu dengan kehendak semasa tanpa mengabaikan prinsip yang telah kita gariskan dalam penulisan kita.

Alhamdulillah. Cubaan pertama Muthiah dalam MENCARI NAURAH dipermudahkan TUHAN. Muthiah tidak perlu menunggu terlalu lama untuk diterima terbit. Ini adalah satu peluang sebenarnya. Akan tetapi, bagaimana dengan penerimaan? Alhamdulillah. Muthiah menerima banyak respons yang cukup membina daripada pembaca. Dan... daripada respons inilah Muthiah akan cuba menjadikan hasil kerja Muthiah akan datang lebih baik daripada yang sedia ada (yakni MENCARI NAURAH).PERMULAAN yang membolehkan kita terus melangkah ke hadapan. Dan... kita akan terus belajar dan berusaha sampai berjaya.

Jadi...

Ayuh... BERMULALAH bagi mereka yang benar-benar mahu melibatkan diri dalam bidang ini (atau apa jua bidang lainnya). Hendak tetapi tidak buat apa-apa adalah dua perkara yang berbeza. Kita hendak menulis tetapi kita tidak berani mencuba. Kita tidak akan tahu... Cuba dahulu. Berjaya tidak berjaya... nombor dua. Kalau berjaya, Alhamdulillah. Kalau belum berjaya, usaha lagi. Muthiah pun... sedikit sebanyak, MENCARI NAURAH memberi semangat kepada Muthiah untuk menghasilkan karya yang lebih baik dan bermutu untuk masa akan datang (andai dipanjangkan usia) ;)

Muthiah : Ada seorang teman mencadang..."Buatlah cerita cinta yang ada unsur-unsur erotik sedikit. Pembaca lagi suka. Selepas ada nama, baru menulis mengikut apa yang Muthiah inginkan..." Muthiah tersenyum lagi.

Nampak bintik hitam ~ MENCARI NAURAH


Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Hehe… sudah mendapatkan MENCARI NAURAH? Ada sisi positif yang kita perolehi atau hiburan semata-mata? Hmmm… apapun, Muthiah doakan agar sahabat-sahabat akan mendapat manfaat daripadanya.

Ringkasan perbualan antara Kak Rose dan Natasha daripada bab 2, MENCARI NAURAH ~

Apabila ditunjukkan sehelai kertas putih yang terdapat bintik hitam di atasnya, Natasha menyatakan bahawa dia dapat melihat bintik hitam pada kertas tersebut.

Kemudian, Kak Rose menyatakan bahawasanya… lumrahnya manusia ini lebih mudah nampak sesuatu yang tidak baik (buruk) sedang perkara baik sudah terpampang di hadapan mata. Hampir keseluruhan kertas yang diunjukkan Kak Rose kepada Natasha adalah berwarna putih. Namun, apa yang terlihat oleh mata dan fikiran Natasha hanyalah warna hitam yang setitik.


Apa yang dapat kita renungkan?


Inilah lumrah kehidupan. Orang acap kali terlihat dan melihat sesuatu keburukan mendahului kebaikan. Penerimaan awal dengan sesuatu yang dipandang pertama kali selalu sahaja yang negatif. Hati dan pemikirannya telah disetkan begitu. Kemudian, apabila diperjelas tentang keadaan yang sebenar, barulah dia mahu bersangka baik.

Sebagai contoh… Natasha yang dilihat bercakap-cakap dengan Anuar. Natasha dan Anuar berada dalam situasi dan perasaan yang berbeza. Anuar memang hendak bermesra dengan Natasha tetapi tidak bagi gadis sunti itu.

Bagaimana pula dengan pandangan mereka yang melihat? Ya! Bisa sahaja mengundang fitnah. Jadi, salah siapa? Adakah salah mereka yang memandang? Jawabnya ya dan tidak. Ya… kerana mudah sangat untuk bersangka-sangka. Dan tidak! Kerana… situasi yang menunjukkan Natasha dan Anuar sedang berbicara berdua-duaan (walaupun keadaan itu berlaku di tempat awam) mendorong tanggapan sebegitu.

Jadi???

Fikir dan renung-renungkan…

Muthiah : Adakah Natasha dapat memelihara hatinya?

Aduhai sotong kegemaranku... (ii)


Assalammualaikum.

-sambungan semalam-

2- Sedikit perkongsian Muthiah tentang SALIMUN AQIDAH (aqidah yang selamat):

1- Tidak meruqyah kecuali dengan ayat Al-Quran yang ma'tsur.
2- Tidak berhubung dengan jin.
3- Tidak meminta tolong kepada orang yang berlindung kepada jin.
4- Tidak meramal nasib dengan melihat tapak tangan.
5- Tidak berjumpa dengan dukun atau peramal.
6- Tidak meminta berkah dengan mengusap-usap kuburan.
7- Tidak meminta tolong kepada orang yang telah mati.
8- Tidak bersumpah dengan selain daripada Allah.
9- Tidak tasya'um (merasa sial apabila melihat atau mendengar sesuatu).
10- Mengikhlaskan amal kerana Allah.
11- Mengimani rukun iman.
12- Beriman kepada nikmat dan seksa kubur.
13- Mensyukuri segala nikmat Allah.
14- Menjadikan syaitan sebagai musuh.
15- Tidak mengikut langkah-langkah syaitan.
16- Menerima dan tunduk secara penuh kepada Allah.

Jadi, jom kita lebih berhati-hati. Sudah tersilap langkah? Hmmm… istighfar banyak-banyak. Takut … kan tergolong dalam golongan yang mensyirikkan ALLAH… jauh daripada ALLAH. Niat yang awalnya hanya suka-suka, dikhuatiri menjadi serius (mungkin disebabkan oleh persekitaran dan keadaan).

3- Kisah Paul yang ‘tepat ramalannya’ mengingatkan Muthiah kepada kisah jeng jeng jeng… DETEKTIF CONAN.

Begini… Conan, Kogoro Mouri dan Ran pergi ke sebuah rumah yang dikatakan berhantu. Mouri dan Conan tidak percaya pada kisah ‘hantu’ tersebut tetapi tidak bagi Ran. Mereka pun mula melakukan penyiasatan. Nah! Ada perkara pelik yang berlaku. Apabila Mouri menggunakan tandas, air yang mengalir seolah-olah darah. Begitu juga dengan TV berhantu. Ada pontianak yang menjerit menghalau mereka dari rumah tersebut. Bukan itu sahaja… Pada tepi tingkap, ternampak seperti bayangan hantu yang sungguh menakutkan.

Conan tidak berpuas hati lantas membuat penyiasatan. Rupa-rupanya, ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik misteri itu. Darah yang dilihat sebenarnya bukannya darah tetapi campuran bahan kimia yang menjadikannya kelihatan seperti darah. Begitu juga dengan hantu dari luar tingkap. Ada sesuatu yang diletakkan pada tingkap menyebabkan rama-rama suka menghampirinya. Dari jauh, nampaklah seperti bayangan hantu. Semua ini dilakukan oleh pembunuh yang hendak menutup kes yang telah dilakukannya satu ketika dahulu.

Di sebalik kisah ini… apakah yang boleh kita renungkan?

~ Kewujudan hantu yang menakutkan itu boleh dirancang… Hehe… kalau ikut 'otak Conan' dalam diri Muthiah (haha..apa daaa)… tidak mustahil kalau sudah diletakkan sesuatu pada satu bekas yang ‘terpilih’ menyebabkan si sotong kurita tertarik padanya. Kemudian, tidak mustahil juga untuk membuat jual beli dalam permainan.. Huhu… ini hanya otak Conan amatur, ya ;)

Jom renung… jom fikir… jom muhasabah… jom dan jom…

~ Dulu, Muthiah minat Brazil + Ronaldo ~

Muthiah :
Daripada Anas R.A, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT berfirman:
“Wahai anak Adam, sesungguhnya engkau berdoa kepada-KU dan memohon kepada-KU, maka akan aku ampuni engkau, AKU tidak peduli (berapa banyak dan besarnya dosamu).
Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu (sebanyak) awan di langit; kemudian engkau minta ampun kepada-KU nescaya akan AKU ampuni engkau.
Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang kepada-KU dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemui-KU dengan tidak menyekutukan AKU sedikit pun, maka akan AKU temui engkau dengan sepenuh itu pula ampunan.”

Aduhai sotong kegemaranku... (i)


Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah? Alhamdulillah. Gembira. Sebab… dilahirkan sebagai seorang Muslim. Hidup dilimpahi dan dikelilingi oleh mereka yang menyayangi. Alhamdulillah. Tidak ada apa yang mampu diungkapkan lagi. Terima kasih, TUHAN.

Isu apa, ya? Hehe… Sotong kurita atau octopus. Sejenis sotong yang sedap dimakan agaknya (tetapi Muthiah tidak suka sangat). Ada sesiapa hendak berkongsi resipi?

Hmmm… banyak orang sudah berbicara tetapi Muthiah pun mahu ikut serta. Boleh? Kalau tidak boleh, katakan boleh, ya ;) Kalau tengok blog, ada yang begitu taksub dengan kehebatan sotong yang lebih terkenal dengan nama Paul ini. Tidak kurang juga yang mengkeji. Iyalah. Silap hari bulan, boleh ROSAK AKIDAH. Dalam facebook pun sama. Rata-rata berbicara tentang ‘kehebatan’ seekor makhluk ALLAH yang bernama Paul. Yang marahkan mereka yang sanggup berjaga malam untuk bola pun ada. Fuh… Muthiah hanya membaca komen-komen/ perbualan maya tanpa bicara.

Isu + biodata + apa-apa berkenaan Paul, boleh rujuk pada pak cik Google. Banyak orang menulis tentangnya.

1- Bagi Muthiah… tidak salah menonton bola pada awal pagi. Iyalah. Kebanyakan lelaki (ada juga perempuan) meminatinya. Lebih-lebih lagi, WORLD CUP. Bukan selalu. Zaman muda-muda dahulu, Muthiah pun ‘suka bangat’ pada bola sepak. Entahlah. Jadi seronok. Namun, di sebalik keseronokan itu… mari sama-sama kita renungkan…

a) Hmmm… demi bola, aku sanggup berjaga malam. Dating dengan DIA bagaimana? Jadi, selepas ini… boleh jadikan permulaan bangun awal pagi ini sebagai satu perintis untuk kita qiam pula menunaikan solat malam (dan yang seangkatan dengannya). Dengan kata lain, bermunajat kepada ALLAH. Mungkin ada hikmahnya. Mula-mula, bangun sebab tengok bola. Bukan sehari dua tetapi berhari-hari. Selepas tamat Piala Dunia, tentu susah hendak tidur jam 2.00 pagi (sebab sudah jadi kebiasaan, sekian lama bangun malam untuk tengok bola). Lantas, gunakan peluang yang ada untuk… hehe… bertemu dengan PENCIPTA.

b) Hehe… bola bola juga tetapi jangan lupa dengan amanah dan tanggungjawab yang lebih utama (lainlah kalau majikan memahami (dan menghalalkan) atau kita sendiri adalah majikannya). Bagaimana pula halnya pada mereka yang berkhidmat untuk orang awam? Hmmm…

Apa, ya? Maksud Muthiah… cubalah dengan sungguh-sungguh… (bukan sahaja sewaktu Piala Dunia tetapi pada setiap masa dan ketika). Cubalah untuk melaksanakan kerja yang telah diamanahkan sebaiknya. Iyalah… sudah berjaga sampai jam 4.00 pagi. Pukul 8.00 hendak masuk pejabat. Bagaimana keadaan kita di pejabat? Tetap cergas sepertimana sewaktu kita menonton bola? Alaaa... sewaktu menjerit melolong apabila pasukan pilihan menang atau… mata kita kuyu huhu... Kerja yang sepatutnya kita lakukan tidak dapat dibuat. Mengantuk bangat. Kopi sudah diminum sebanyak lapan gelas tetapi tetap tidak dapat membuka mata. Maklumlah, selepas tamat siaran langsung bola, kita menghadiri ‘mesyuarat’ agung yang membincangkan perihal perlawanan bola sepak tadi. Kita jadi Pengerusi. Kawan serumah jadi Setiausaha. Kita tidak berpuas hati dengan pengadil yang tidak adil. Kita pun meluahkan rasa hati. Tengok-tengok sudah jam 7.00 pagi. Alahai, hendak kerja…

Oleh sebab sudah tidak dapat fokus dengan kerja, kita pun memutuskan untuk berehat di surau. Hajatnya hendak lelap lima minit. Tup tup terlebih tiga jam. Jadi, bagaimana? Alamak… kita terlupa… Hmmm… biasalah. Nama lagi manusia yang acap kali teralpa dan terlalai. Selepas ini, hati-hati dan tidak ulangi lagi, ya ;)

c) Subuh, bang.. Subuh ;)

-bersambung-

Muthiah : Berkampung di ruang tamu dengan suami...

Bekal … (v)


-sambungan lepas-

Bekal yang seterusnya ialah optimis. Apakah yang kita fahami tentang optimis? Hmmm… dalam kehidupan ini, kita seharusnya menjadi seorang yang optimis.

Mengikut Kamus Dewan, OPTIMIS bermakna :

~ Orang yang selalu menaruh harapan baik terhadap sesuatu perkembangan/ kemungkinan.
~ Orang yang melihat sesuatu masalah (dan lain-lain) dengan satu jangkaan dan harapan yang baik.


Seorang pendakwah perlu optimis bahawa ISLAM akan menang juga akhirnya. Itu pasti! Lantas, dia akan berusaha keras menyampaikan dakwahnya walaupun banyak mehnah dan tribulasi merentangi laluannya. Dia tahu ALLAH ada dan Maha Dekat dengannya.

Maka, dia sekali-kali tidak berputus asa dalam menyampaikan kebaikan meski banyak orang tidak menyukainya. Iyalah… kadang-kadang bahkan acap kali kebenaran itu sangat sukar diterima. Orang lebih senang dipuji… dipuja… dirai… Sedang dia lupa. Tanda kasih seorang teman bukanlah dilihat pada teman yang hanya tahu membenarkan perlakuan buruk temannya tetapi teman yang tidak ragu-ragu mengingatkan temannya tatkala dia lupa.

Seorang pelajar perlu optimis bahawa andai dia gagal hari ini, masih ada esok baginya untuk mengecap jaya. Ya! Dia sama sekali tidak berputus asa mahupun berasa cemburu dengan kejayaan orang lain. Insya-ALLAH, sekiranya dia berusaha dengan lebih kuat… dia pasti akan menjadi seperti mereka. Lantas, dia bertindak tidak menoleh ke belakang lagi ;)

Seorang isteri perlu optimis bahawa ketaatan kepada suami kelak membawanya ke syurga. Huhu…susah hendak menjadi umpama Siti Muthiah yang sentiasa menyenangkan hati sang suami. Namun, letakkanlah tekad dalam diri untuk menjadi sepertinya.

Bak kata papa Muthiah, ‘Angan-angan tidak kena bayar…’ Maka, berusahalah ke arah itu. Muthiah yakin… kita semua ada impian dan cita-cita sendiri. Hmmm… mahu memajukan diri contohnya. Namun, andai PILIHAN YANG TERBAIK untuk suami itu ialah mengenepikan keinginan diri… fikir-fikirkan. Biarlah ‘win win situation…’Apa yang penting, kita dan suami BAHAGIA dengan apa yang telah kita pilih.

Muthiah : Impi naik FairLady…
Labels: 0 comments | | edit post

Pelik bin Ajaib...



Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah… ‘Ala kullihal Alhamdulillah. Cuma sedang keliru… Keliru? Hehe. Entahlah. Kadang-kadang berasa pelik dengan sikap manusia. Hmmm… apa yang hendak dipelikkan? Bukankah karektor manusia ini macam-macam. Apa yang berada di dalam hati pun pelbagai. Ada hitam. Ada putih… Kita pun… kadang-kadang hitam. Kadang-kadang putih tetapi Muthiah selalu sahaja kelabu. Kelabu???

Ada orang…

~ Berasa senang melihat kesenangan orang lain. Temannya gembira. Dia turut sama sukacita. Bahkan membantu temannya menggapai cita-cita. Tidak ada istilah cemburu dalam kamus hatinya. Dia tahu. Segala apa yang telah ditetapkan TUHAN-nya adalah yang terbaik buat dirinya. Apabila temannya berbuat salah, dia membantu menyedarkannya. Sesungguhnya, kata-kata hikmah yang datang dari hati itu insya-ALLAH akan sampai jua ke hati.

~ Berasa tidak senang melihat kesenangan orang lain. Apabila dia tidak bersetuju dengan temannya, dia berasa marah dan dukacita. Dia mencari jalan memusnahkannya. Tidak pula berfikir hendak membantu mencari penyelesaian. Dia hanya pintar mencari kesalahan orang lain. Apabila dia berjumpa dengan apa yang dicarinya, dia tersenyum suka. Ada ‘sesuatu’ yang boleh digunakan untuk menjatuhkan insan yang dia tidak suka. Inilah sikap manusia yang ‘sakit’ hatinya.

Hmmm… Ada pengajaran yang boleh diambil? Muthiah sebenarnya terkenangkan kata-kata orang lama yang bercerita tentang pengalaman hidupnya kepada Muthiah dan suami. Membuatkan Muthiah berfikir sendiri.

~ Mengapakah wujud sikap sebegini dalam masyarakat yang dikatakan sudah bertamadun?

~ Mengapakah perlu ada rasa benci dan iri hati sesama makhluk sedang ALLAH sebenarnya sudah menetapkan bahagian masing-masing?

~ Mengapakah lebih senang menjatuhkan daripada menghulurkan tangan menggapai impian??


Jawabnya… kerana manusia ini tidak takutkan TUHAN. Tidak khuatir dengan hari pembalasan. Dia hanya mahukan kesenangan hidup di dunia sampai lupa hari akhirat yang kekal abadi.

Muthiah : Cermin hanya memantulkan jasad orang lain tetapi tidak nampak jasad sendiri.

Asingkan…


‘Assalammualaikum, salam sejahtera. Kepada anda semua moga bahagia…’ Hehe… Nasyid sewaktu Muthiah berada dalam darjah enam.

Hari ini, Muthiah ingin berbicara tentang cerita yang Muthiah tonton dari rangkaian AXN yang bertajuk ‘The Guardian’ yang bermakna ‘Penjaga’.

Kisah seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak gadis. Anak gadisnya itu berkawan rapat dengan seorang budak lelaki yang merangkap sepupunya. Umur mereka dalam lingkungan sembilan hingga ke dua belas tahun. Sama baya. Masih budak-budak. Kalau belajar di Malaysia, berada di sekolah rendah agaknya. Mereka selalu dibiarkan bersama. Oleh sebab mereka bersaudara (sepupu), si ibu tadi tidak ambil kisah dengan apa yang dilakukan mereka.

Satu hari, si ibu ingin berbincang sesuatu dengan ibu bapa anak buahnya. Dia meminta anak gadis dan anak saudaranya masuk ke dalam bilik anak gadis tersebut untuk bermain-main. Tiba-tiba, si anak gadis menjerit. Cepat-cepat si ibu mendapatkan anaknya. Rupa-rupanya, si budak lelaki tadi telah bertindak mencabul sepupunya sendiri! Kemudian, barulah ibu si gadis dan ibu ayah si budak lelaki itu saling memarahi antara satu sama lain. Saling menyalahkan…


Bagaimana pula dengan masyarakat kita hari ini? Adakah turut sama memandang enteng perkara sebegini? Membiarkan sahaja pergaulan bebas anak-anak atas alasan mengenali mereka yang dekat dengan si anak…

Dalam ISLAM, ALLAH menetapkan apabila si anak gadis dan teruna sudah sampai umur yang sepatutnya, mesti diasingkan tempat tidur mereka. Anak-anak tidak sewenangnya dibiarkan bebas tanpa pantauan dan pemerhatian. Khuatir akan berlaku sesuatu yang tidak sepatutnya. Kadang-kadang, apa yang berlaku adalah di luar jangkauan kita. Tidak sangka. Namun, tidak ada apa yang mustahil boleh berlaku hari ini. Dunia semakin canggih dengan teknologi. Dan teknologi itu sendiri, bisa sahaja memberi impak yang positif dan negatif. Bergantung kepada penggunaannya.

Nah! Alhamdulillah. Muthiah berbangga kerana dilahirkan sebagai seorang Muslim. Dari hal yang dipandang ringan oleh masyarakat, kepada sebesar-besar perkara, ISLAM mengajar dan menunjuk jalan bagaimana hendak mendepaninya. Namun sayang seribu kali sayang. Banyak di kalangan kita yang lebih menganggungkan sesuatu yang tidak sewajarnya. Dia meletakkan perkara lain lebih tinggi daripada ISLAM sedang hakikatnya, ISLAM itu lebih tinggi daripada segenap hal.

Ayuh, teman. Fikir-fikirkan. Ini baru bab mengasingkan anak yang sudah menginjak remaja. Perkara lain, bagaimana? Pernahkah kita renungkan?

Firman ALLAH dalam surah al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud, “Hai, orang-orang yang beriman. Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan; dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”

Muthiah : Benci pada yang membenci… dahulu…. Hahaha…

Entahlah ... (ii)


-sambungan semalam-

Sebagai contoh… isu tidak menjaga kebersihan masjid dibangkitkan. Apabila penulis blog berbicara tentang kesalahan yang biasa dilakukan di dalam masjid (seperti membuang tuala wanita di dalam lubang tandas)… orang menganggap, penulis mahu mencari kelemahan orang lain. Mahu menuding jari sedang manusia itu tidak sempurna. Benar… manusia itu tidak sempurna. Namun, benarkah penulis blog berkenaan menulis untuk meletakkan kesalahan pada seseorang? Atau memalukan seseorang??? Atau orang yang berbuat salah itu sendiri terasa?? Tepuk dada, tanya iman.

Andai dialah yang melakukan kesalahan itu… apakah tindakan dia selanjutnya??? Memarahi si penulis blog berkenaan? Atau… dia berusaha untuk mengubah dirinya menjadi lebih baik. Ada tiga situasi di sini yang boleh difikirkan bersama:

1- Dia dapat menerima teguran itu (teguran secara sinis/ hikmah/ kasar lain cerita – mungkin cara dan penyampaian tidak kena namun ambillah yang positif kerana jika akal kita hanya memikirkan yang negatif, itulah yang akan kita perolehi). Lantas, dia berusaha untuk mengubah dirinya menjadi lebih baik. Kerana, apa yang diperkata di dalam blog bukanlah sesuatu yang salah. – Membuang tuala wanita di dalam tandas awam bukanlah perbuatan dan akhlak yang baik –

Betul!!! Dia tidak tahu… apa yang dilakukannya adalah satu perbuatan yang salah. Boleh jadi, dia tahu… tetapi dia terlupa. Betul!! Dia betul-betul terlupa. Normallah.. Nama lagi manusia. Namun, kalaulah tidak ada siapa yang mahu mengingatkan, bagaimana? Sedang dia tidak tahu dan terlupa…

2- Dia tidak dapat menerima teguran tersebut (mungkin kerana terkena pada dirinya). Dia menghentam dan wujudkan perbalahan dengan si penegur. Namun, dalam masa yang sama… dia mengakui kesalahannya dan bersedia untuk berubah (dalam diam). Mungkin sebab dia berasa malu sendiri walhal tidak ada siapa pun yang menuding jari kepadanya. Dalam hal ini, Alhamdulillah. Dia masih mahu berubah ke arah yang lebih baik. Setidak-tidaknya, penulisan blogger tadi ada manfaatnya.

3- Dia tidak dapat menerima teguran. Dia menghentam dan menyalahkan. Dalam masa yang sama, hatinya tertutup untuk menerima kenyataan bahawa – Membuang tuala wanita di dalam lubang tandas adalah perbuatan yang salah. Ada tiga perkara yang boleh direnung di sini.

a) Tidak dapat menerima.
b) Bertindak menyalahkan.
c) Tidak mengakui kesalahan dan tidak mahu berubah.


Entahlah… tidak ada siapa yang sempurna. Itu pasti. Muthiah sendiri… sehari-hari, berbakul-bakul teguran yang diterima daripada orang yang Muthiah sayang dan cinta. Ya! Muthiah akui… bilamana ditegur… rasa sedih, kecewa menghantui diri. Hendak merajuk pun ada namun Alhamdulillah… buat masa ini, rajuk Muthiah tidak terlalu lama. Muthiah hanya perlu masa dan ruang untuk berfikir sedalamnya. Muthiah cuba menarik nafas panjang dan kembali berlapang dada…

~ Terima kasih kepada suami kerana banyak menegur kesalahan yang Muthiah lakukan. Sebab… Muthiah pun selalu berbuat silap dan acap kali terlupa. Sama macam orang lain. Tidak ada bezanya. Cuma, Muthiah mahu berkongsi dengan semua apa-apa yang Muthiah tahu agar kita semua dapat membaiki diri, menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Muthiah mahu menjadi lebih baik daripada semalam dan Muthiah berharap kawan-kawan yang Muthiah sayang turut begitu. Sama-sama mengejar syurga ALLAH dan sama-sama masuk ke dalam syurga. Insya-ALLAH.~

Jadi…

Ayuh… ‘Sampaikan walau seayat…’

Sesungguhnya, kita tidak akan dapat memuaskan hati semua orang. Apa yang penting, kita terus mengajak manusia kepada ALLAH dan kebaikan. Penerimaan??? Serahlah kepada ALLAH yang memegang hati-hati manusia. Cuma… Muthiah menyeru kepada semua… apabila ada sesuatu yang disampaikan terkena pada diri kita… marahlah… kerana kalian berhak untuk marah. Kemudian, ambil tempoh bertenang untuk berfikir kembali. Benarkah apa yang diperkata?

Maaf atas keterlanjuran kata ;)

Muthiah : Pelik bin ajaib = keliru ;)

Entahlah… (i)


Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Muthiah… entahlah sejak dua menjak ini, mata pena Muthiah terasa tumpul. Semangat untuk menulis blog kurang dan perasaan berbaur-baur. Entahlah… sukar untuk diungkap dengan kata-kata.

Muthiah menjengah blog kawan-kawan. Orang putih panggil ~ Blog walking ~ Hmmm… kadang-kadang, apa yang berlaku pada kawan-kawan ini membuatkan Muthiah berasa takut dan ragu-ragu. Kenapa? Entahlah… Takut melihat percakaran mulut yang berlaku di dalam blog. Bukan sahaja blog… forum-forum… facebook… friendster… Bilamana orang tidak berpuas hati dengan apa yang ditulisnya, maka… tulisan itu dipersoal dan dipertikai. Diterjah dengan macam-macam sedang mungkin ada jalan yang lebih baik untuk menyelesaikan segala kekusutan. Akan tetapi, yang berlaku adalah sebaliknya. Habis soal peribadi dikeluarkan. Sampai jadi kes polis pula.

Akhirnya…

Daripada pemerhatian Muthiah yang tidak seberapa, satu ketika… teman Muthiah ini agak aktif menulis di blog. Banyak perkara yang disampaikan. Perkara realiti yang berlaku di hadapan mata. Dari satu sisi, Muthiah membenarkan apa-apa yang diperkatakannya. Namun, mungkin gaya bahasanya tidak dapat diterima. Menyebabkan ada yang tidak suka. Lantas… berlakulah perbalahan di dalam blog tersebut. Bermula dari isu yang diperbincang… kemudian, isu kecil yang tidak ada kaitan pun diperbesarkan. Timbul pergaduhan maya lagi. Selepas itu, Muthiah dapati… tulisannya di dalam blog semakin berkurangan. Dan kini… tidak ada langsung! Adakah si pengkondem tadi senyum gembira??? Hatinya tidak sakit lagi melihat tulisan-tulisan tersebut. Bayangkan… tidak ada langsung yang mahu menyampaikan… Hehe…

Salah siapa? Muthiah tidak menyalahkan si teman. Semangatnya mungkin jatuh merudum. Dia hanya manusia biasa yang banyak kelemahan. Muthiah juga mungkin akan jadi begitu andai tidak punya kekuatan. Jadi, siapa? Muthiah tidak salahkan juga orang yang mengkondem. Jadi??? Entahlah…

Muthiah tahu, dan Muthiah pasti… niat teman Muthiah ini baik dan benar untuk menyampaikan. Sebab… menyampaikan itu tidak bermakna menyalahkan tetapi mahu mengingatkan.

Frasa menyalahkan dan mengingatkan adalah dua perkara yang berbeza.

-bersambung esok-

Muthiah : Pernah digigit langau sewaktu berprogram di tempat berkelah.

Bekal … (iv)


Assalammualaikum. Sambungan tajuk lepas ~ Bekal seorang yang mengajak manusia lainnya kepada kebaikan.

SABAR…

Ya… Manusia ini banyak karektornya. Banyak juga fiilnya. Ada yang menyenangkan hati dan ada juga yang selalu menyakitkan jiwa. Kata-katanya tanpa insurans. Tingkahlakunya… mak ai, membikin hati merana. Apabila dikenang, sakit kepala dibuatnya. Lemah urat saraf. Tension. Dia sahaja yang betul. Dia sahaja yang cantik dan comel. Orang lain??? Semua buruk… semua salah… semua tidak kena pada matanya. Senyumnya penuh sinis dan pura-pura. Ah! Biarkan sahaja si luncai terjun dengan labu-labunya. Nanti, dia akan belajar dan sedar sendiri apabila sampai waktunya. Baru dia tahu. Manusia ini tidak sempurna sebenarnya. Namun, bolehkah dibiarkan sahaja???

~ Maaf, ya kalau Muthiahlah karektor itu.. yang pernah menyakitkan hati dan mengguris jiwa ~

Tidak… kalau dibiarkan sahaja, dia akan semakin lalai dan alpa. Dia akan lagi jauh dan menjauh. Dia akan terus angkuh dan lupa diri. Sentiasa merasakan diri benar dan betul sedang hakikatnya, kesalahannya berbaldi-baldi. Sayangkan kita pada teman ini???

Kalau kita sayangkan dia… pimpinlah tangan dia ke pangkal jalan dengan sabar. Ya! Bukan mudah untuk berhadapan dengan orang yang sebegini namun cubalah… kerana CINTA dan SAYANG. Semuanya dilakukan kerana ALLAH semata-mata. Pandangan-NYA adalah yang paling utama. Seperti yang telah Muthiah katakan sebelum ini. Manusia itu banyak karektor, fiil dan ragamnya. Andai kita belajar untuk mengenali mereka, insya-ALLAH… satu ketika, kita akan mendapat jalan yang paling baik untuk menariknya kembali kepada PENCIPTA.

Apa yang penting… kita usaha dahulu dengan sabar.

Sabar dalam menuntut ilmu.
Sabar dalam melakukan ketaatan.
Sabar dalam meninggalkan perkara yang dilarang.
Sabar dalam mendepani karenah.
Sampaikan kebaikan itu pada telinganya.

Terima atau tidak, nombor dua. ALLAH-lah yang memilih dan memberi hidayah.

Adoi. Hehe… OK??? ‘Sampaikan walau seayat..’

** Boleh taip perkataan ‘SABAR’ pada carian. Insya-ALLAH, banyak pos tentang sabar telah Muthiah coretkan. **

Muthiah : Tegur dan marah ~ tanda sayang. Tidak cakap apa-apa ~ tanda tidak peduli dan tidak mahu ambil tahu.
Labels: 0 comments | | edit post

Layakkah aku???


Assalammualaikum. Apa khabar? Hmmm… Muthiah sedang ketandusan idea sebenarnya. Akan tetapi, Muthiah cuba juga untuk berkongsi dengan rakan-rakan semua. Ada isu berbangkit yang boleh kita bincangkan?

Seorang teman Muthiah ada berkata, ‘Satu ketika dahulu, aku banyak buat dosa… Bolehkah aku hendak ajak orang lain buat baik? Sedang... aku sendiri tidak cukup baik!’

Hmmm…

Firman ALLAH dalam surah ali-Imran ayat 104 yang bermaksud, ‘Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah daripada yang mungkar dan merekalah orang yang beruntung.’

Justeru, usahlah berasa ragu-ragu atau gusar untuk mengajak orang lain kepada kebaikan. Dengan lain perkataan, mengajak mereka kepada ALLAH. Kerana… kita semua adalah pendakwah. Kita adalah khalifah di atas muka bumi ini yang berperanan untuk mengabdikan diri kepada ALLAH, mengajak manusia untuk kembali kepada ALLAH dan memakmurkan alam. Ingatlah… ‘Barangsiapa yang mengungkapkan ‘Tiada TUHAN yang diabdikan diri melainkan ALLAH,’ dia adalah pendakwah.’ Lantas… apa lagi yang meragukan kita?

Tidak ada siapa pun manusia di atas muka bumi ini yang sempurna. Hanya Nabi yang maksum. Apa yang penting, kita belajar dan hendak belajar daripada kesilapan dan kealpaan. Rendahkan diri untuk belajar dan diajar. Banyakkan juga berdoa kepada ALLAH agar dipelihara diri kita daripada sesuatu yang melalaikan. Insya-ALLAH, DIA pasti akan memberi dan menunjukkan jalan yang terbaik buat diri kita.

Jadi, bagaimana?

:) Sampaikanlah walau seayat.

~ Mengajak orang untuk tidak mengumpat adalah satu dakwah.
~ Mengajak orang untuk menjaga kebersihan juga adalah satu dakwah.

Usah kita kecilkan skop dakwah itu sendiri. Kita semua bisa menjadi seorang pendakwah walaupun kita bukanlah ustaz dan ustazah. Berakhlaklah dengan akhlak mulia dan terpuji. Itu juga satu dakwah yang membuatkan orang jatuh cinta dengan akhlak kita. Orang akan kata, Polan bin Polan, cantik pekertinya. Apakah agamanya? ISLAM. Secara tidak langsung, kita membawa imej yang baik untuk agama ISLAM itu sendiri.

Hmmm… apa lagi, ya? Tidak salah untuk pernah berbuat silap. Kita hanyalah insan biasa. Namun, menjadi satu kesalahan andai kita yang sudah tersedar tetap mahu melakukan kesilapan itu. Kita membiarkan sahaja sentakan hati yang tidak sukakan kemaksiatan. Kita mahu bergembira sehingga melupakan TUHAN. Muthiah pernah terbaca, kekasih ALLAH ialah seseorang yang sentiasa merendahkan dirinya di hadapan ALLAH bertaubat atas kesalahan yang telah dilakukannya.

Teman… jom dakwah. Jom ajak kawan-kawan yang lain kepada kebaikan. Kita tidak rugi apa-apa sebenarnya. Hidayah itu datang daripada ALLAH. Adalah menjadi satu kerugian andai kita membiarkan sahaja diri kita hidup di atas muka bumi ini tanpa memberi apa-apa kemanfaatan kepada orang lain… Juga, tanpa memberi sumbangan kepada ISLAM.

** Muthiah sekarang berada di Pesta Buku Selangor PKNS untuk mempromosi buku MENCARI NAURAH. Jom ;) **

Muthiah : Banyak berbuat salah tetapi mahu belajar… Tetap mahu menyampaikan..

Bekal … (iii)


Ikhlas….

Ungkapan yang mudah disebut tetapi sebenarnya sungguh sukar untuk dihayati. Untuk diamalkan apatah lagi. Nabi SAW pernah bersabda, “Setiap amal bermula dengan niat dan seseorang itu akan mendapat apa-apa yang telah diniatkan olehnya…”

Firman ALLAH dalam surah al-An’am ayat 162 yang bermaksud, “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH, Tuhan semesta alam.”

Mengikut Kamus Dewan, IKHLAS membawa maksud ~ hati suci, tidak menipu atau tidak berpura-pura, tidak mengharapkan apa-apa balasan.

Hmmm... sukarnya hendak menyucikan hati. Terlalu banyak bintik hitam dalam diri. Menyebabkan cahaya sukar memasukinya. Jadi, bagaimana? Bagaimana mahu ikhlas andai bintik-bintik hitam dan noda ini terus bermaharajalela?

Jawabnya ~ KEMBALILAH KEPADA ALLAH. Banyakkan istighfar dan mengingati TUHAN kerana sesungguhnya... dengan taubatlah membuatkan diri yang semakin kotor itu bersih kembali ;)

Dari segi istilah, IKHLAS bererti ~ niat seseorang mengharapkan redha ALLAH semata-mata tanpa menyekutukan-NYA.

Dengan lain perkataan, setiap apa yang dilakukannya adalah kerana ALLAH, untuk ALLAH. Dia hanya mengharapkan ALLAH dan pandangan-NYA. Dia hanya mahu melakukan yang terbaik dan dia hendak membuat apa-apa yang ALLAH suka. Matlamatnya, hanya ALLAH. Bukan untuk kepentingan diri sendiri. Bahkan, dia takut dan gusar andai terjerumus dalam sifat riyak dan meninggi diri.

Dia sedar, dia bukanlah siapa-siapa. Segala kehebatan itu hanyalah milik ALLAH yang Maha Segalanya. Dia hanyalah manusia biasa yang banyak khilafnya. Acap kali terlupa dan selalu pula teralpa.

Sukar untuk ikhlas? Sukar untuk merendahkan diri di hadapan TUHAN???

Hmmm... perbaharuilah niat kita sentiasa. Banyakkan berdoa kepada ALLAH agar digolongkan bersama mereka yang ikhlas. Jangan mudah berputus asa dalam mengharapkan petunjuk daripada ALLAH. Letakkan ALLAH di tempat yang teratas sebelum kita hendak membuat sebarang pertimbangan mahupun keputusan.

Muthiah : Cuba ikhlaskan diri selalu.
Labels: 0 comments | | edit post

Berdoalah...


Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Bersedih hati… Hmmm… Kenapa? Jom kongsi dengan Muthiah ;)

Satu malam, Muthiah memberitahu suami…

“Abe… bila Muthiah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dahulu, ada satu perkara yang Muthiah runsingkan sebenarnya,” Muthiah meluahkan sesuatu setelah sekian lama terpendam.

Suami yang sedang makan mendongak lalu bertanya, “Apa dia?”

“Hmmm… Muthiah tidak risau untuk hidup tidak mewah tetapi Muthiah gusar dan kadang-kadang sedih memikirkan diri Muthiah yang tidak dapat membantu dan menyumbang untuk keluarga…” jawab Muthiah panjang lebar.

Muthiah diam seketika kemudian menyambung kembali, “Namun, Muthiah tidak henti berdoa pada ALLAH agar dimurahkan rezeki keluarga, dikurniakan kebahagiaan dunia akhirat…”

Benar! Kadang-kadang, kita menjadi buntu. Tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Lantas, kembalilah kepada DIA yang merencana kehidupan ini. Berdoalah agar ditunjuki jalan yang terbaik. Dan pasti, DOA itu sendiri adalah senjata setiap Mukmin.

Muthiah menerima sistem kiriman ringkas daripada papa Muthiah. Ada berita gembira yang dikhabarkan. Alhamdulillah. Muthiah sungguh sukacita dan bersyukur dengan segala yang telah ALLAH berikan.

Pengajaran…

1) Berdoalah sentiasa kepada ALLAH apabila kita buntu dan tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Ya… Serahkan kehidupan kita, juga mereka yang kita sayang kepada ALLAH SWT. Sesungguhnya, DIA lebih tahu dan Maha Arif atas sesuatu. Mohon agar ALLAH sentiasa memelihara dan melindungi diri kita dan orang yang kita sayang daripada sesuatu kemudaratan. Ujian itu pasti ada. Akan tetapi… ingatlah!!! ALLAH juga ada setiap saat dan ketika. Kita tidak sendiri dan keseorangan. Mintalah kepada-NYA dengan penuh harapan.

Andai kita sayangkan keluarga… saudara-mara… sahabat-handai… Titipkanlah doa kepada mereka sentiasa. Kita mungkin tidak mampu untuk memberi wang dan harta namun percaya… ada yang lebih penting dan besar daripada itu. Doakanlah mereka agar sentiasa berbahagia di dunia dan akhirat. Ya! Hidup ini tidak lama. Kita mahu masuk ke dalam syurga dan kita tidak mahu orang yang kita sayang ketinggalan sama. Jadi???

2) Taatilah suami. Senangkan hatinya sentiasa. Insya-ALLAH, DIA pasti akan mempermudah perjalanan hidup kita. Ujian dan dugaan adalah lumrah kehidupan, asam garam dalam rumah tangga. Namun, percayalah. ALLAH ada… ALLAH dekat mendengar setiap rintihan dan rayuan kita.

Entahlah… Muthiah, bukanlah yang terbaik. Akan tetapi, Muthiah tetap mahu menyeru isteri-isteri di luar sana agar berusaha dan bercita-cita untuk menjadi isteri yang terbaik. Sesungguhnya, syurga kita di bawah telapak kaki suami. Andai dia redha kepada kita, insya-ALLAH… redha ALLAH akan dekat dengan kita. Hmmm… Kita sebenarnya sedang belajar. Dan… kita akan terus belajar sampai hujung nyawa.

Muthiah : Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.